Wednesday 8 February 2012

Semakin cantik

Assalamualaikum,

Di atas kesungguhan ahli Kelab Anggerik ,tapak baru yang dulunya tidak berseri tapi sekarang semakin cantik bila sudah dihias dengan berbagai 'Resepi' ,Gabungan idea guru dan ahli kelab menjadikan tapak baru di perbagaikan lanskapnya.












Sunday 5 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul








Assalamualaikum,

"Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu adalah sebaik-baik suri tauladan bagi kamu(untuk diikuti),yakni bagi orang yang mengharapkan(keredhaan)Allah dan (kemulian hidup)di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".

(surah Al-ahzab: ayat 21 )


Kami AJK  Kelab Taman Anggerik Siti khadijah mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Terutama kepada :



Pentadbir SMK Seksyen 16
Guru -guru SMK Seksyen 16
Pelajar - pelajar SMK Seksyen 16
Sahabat - sahabat Anggerik 
dan 
Umat Islam yang berada di seluruh pelusuk dunia




JADIKANLAH PERIBADI RASULLULAH SEBAGAI IKUTAN KITA





Thursday 2 February 2012

Meriahnya Taman Anggerik Siti Khadijah

Assalamualaikum ,

Pada hari  ini ,adalah hari perjumpaan pertama ahli Kelab Anggerik, tak sangka ramai ahli kelab yang datang ,terpaksa kami membahagiakan tugas, Zikri, Fitri ditugaskan mengetuai membersihkan kawasan taman yang lama. Syafiqah dan Auni ditugaskan mengambil gambar ,manakala pelajar lelaki memgangkut batu kelikir untuk membuat laluan, ada juga membersihkan kawasan di bawah pokok di hujung taman, yang lain membantu cikgu mengubah pokok ke tapak baru, ada tapak baru, terasa begitu luas pemandangan kami, tertanya pada diri ini bagaimana nak memenuhi kawasan itu dengan anggerik, perlunya ada sokongan pihak MBSA untuk merealisasikan cita- cita kami disamping pihak sekolah memainkan peranan penting untuk memburu cita-cita ini,memang kami bercita-cita agar Taman Sti Khadijah menjadi contoh terbaik bagi pihak MBSA mencapai matlamatnya iaitu 'MENGANGGERIKKAN SEKOLAH .'

Semoga dengan usaha ikhlas kami ini dapat sokongan daripada semua pihak, terima kasih.