Saturday 28 January 2012

Terima Kasih Atas perhatian Kalian












Assalamualaikum ..


Cuti Tahun Baru Cina memberi kesempatan kepada kami membaja anggerik di Taman Siti Khadijah.Selesai membaja kami meninjau -ninjau setiap pokok orkid yang ada. Seperti kata MAZA,cuaca yang tak menentu, kadang- kadang hujan petang ,kadang-kadang seharian panas membuatkan pokok -pokok anggerik dihinggapi penyakit........itulah ketentuan Allah. Masih kami ingat kata -kata Dato' Anuar ;

"Anggerik ni manja,perlu ditenguk selalu dan dibelai selalu,rajin- rajinlah bercakap dengannya'.

Sedang kami membaja, datang Kak Tun ( Penolong Kanan KOKO) menjenguk kami,Kak Tun seorang cukup mengambil berat tentang 'kehidupan kami dengan Taman Anggerik' ,pendek kata bukan Kak Tun seorang yang mengambil berat ,malah Pn Kamariah ( PK HEM),Pn. Haizon ( P. Kanan) sentiasa singah di Taman Anggerik kami.....Terima Kasih semua,keperihatinan kalian menbakar semangat kami, doakan kami menang dalam pertandingan Taman Anggerik antara Sekolah-sekolah.

Sudah lama 'LAHIR' tapi masih tercari- cari namanya.








Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,


Usia pokok ini mungkin mencapai 3 tahun, tapi masih tercari-cari namanya, 3 buah buku orkid yang dipinjamkan daripada Dato' Anuar, masih  tidak  menemui jawapannya, mungkin orkid hutan memang agak susah mencari namanya.

Minta bantuan daripada sahabat anggerik terutama Abang Zul ( MAZA ) untuk mencari namanya, orkid yang dibeli daripada orang Asli oleh Cikgu Azwa ini belum lagi mengeluarkan bunga. 

Terima kasih.

Thursday 26 January 2012

Tahun baru... Ahli Jawatankuasa baru.









AJK KELAB ANGGERIK
SESI PAGI

GURU PENASIHAT

Puan Nor Azwa binti Ab Mutalip 
Puan Jamilah binti Sugiiman

PENGERUSI
Wan Khairul Hakimi b. Wan Khaidz

NAIB PENGERUSI

Nur Auni Afifah bt. Mustapa Kamal


SETIAUSAHA
Nur Nazatul Faquyah Binti Mohammad Rezhal

BENDAHARI
Mohd Syafiq Hidayat b. Saiful Bahari

AHLI -AHLI JAWATANKUASA
Saifullah b. Razali
Muhammad Syahmi
Muhd Nor Zullifli b. Ruslian
Muhammad Amali Safi






AJK KELAB ANGGERIK
SESI PETANG

GURU PENASIHAT
En. Mohamad Rosli b. Mohamad Dani

PENGERUSI
Norsyafiqah Hidayah bt. Saifol Bahari 

NAIB PENGERUSI
Mohammad Fitri Mifdal Mohamad Munzir

SETIAUSAHA
Nurul Natasha bt. Ardani

NAIB SETIAUSAHA
Mohd Azri Shahmi b. Mohd Ali

BENDAHARI
Nurol Syahira bt. Ismail

AHLI -AHLI JAWATANKUASA
Izatul Igmal b. Mohd Ali
Mohd Amir Fauzan b.Nordin
Shamugha Sundaram A/L Tamil Selvem
Mahrima A/P Sugumaran
Muhammad Zulhelmi b. Mohd Sazali
Nurherlinda bt. Heri

JURI AUDIT
Syahira Alia bt. Muhamad Zamani
Muhammad Fadhil b.Husain




Semoga AJK baru 2012 akan dapat meneruskan cita-cita kelab Angerik iaitu
MENGANGGERIKKAN SMK SEKSYEN 16





Saturday 21 January 2012

oh.....aku terharu!




macam mana saya nak cerita....

ceritanya tentang saya...

cerita tentang  anggerik...orkid 
.
.
.
.
.
.
oh...ceritanya anda baca sendiri disini











Membanggakan!



Taman Anggerik Siti khadijah di antara yang terpilih dalam Program Sekolah Lestari Pelajar Bestari



OBJEKTIF
i)                    Memupuk rasa minat pelajar terhadap alam sekitar khususnya bunga 
          anggerik.
ii)                   Menyemai sifat keusahawanan dalam diri pelajar
iii)                 Menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar dan guru tentang anggerik.

KETERANGAN PROJEK/ AKTIVITI

Anggerik ataupun orkid adalah tanaman hiasan yang popular di negara ini. Permintaan orkid yang tinggi sebagai tanaman hiasan mempunyai kelas yang tersendiri dan menjadi perniagaan kormersial bernilai tinggi yang dapat menyumbang kepada pendapatan sampingan. Kesesuaian iklim panas dan lembab menjadi satu kelebihan untuk kita menjadikan anggerik sebagai hobi yang tiada penamat. Hai ini kerana terdapat hampir 3,000 spesis anggerik di Malaysia.


FAEDAH PROJEK/ AKTIVITI

Program yang julung kali dilaksanakan ini telah member banyak kebaikan kepada warga sekolah terutamanya ahli kelab. Guru pada peringkat awal telah diberi pendedahan awal tentang cara penanaman dan pelajar pula sentiasa mendapat bimbingan dan pengetahuan tentang anggerik sepanjang aktiviti dilaksanakan. Antara faedah lain ialah :
 ·         Persekitaran kawasan sekolah menjadi indah dan ceria
 ·         Warga sekolah dapat mengenali dan melihat keindahan serta keunikan 
      anggerik.
 ·         Pengetahuan tentang anggerik menjadi luas oleh semua warga sekolah.
 ·         Menambah pendapatan sampingan kelab dengan aktiviti jualan.
 ·         Mengeratkan hubungan guru dan pelajar semasa aktiviti dilaksanakan
      pada  setiap minggu.
 ·         Perasaan cinta akan alam dapat ditingkatkan.


ANTARA PROJEK YANG INGIN DIUTARAKAN OLEH KELAB ANGGERIK


Pondok Anggerik



Info Anggerik Vanda



Info anggerik Oncidium



Info Anggerik Dendrobiun



Info Anggerik Cattleya

JUALAN ORKID DI HARI KOPERASI PERINGKAT SELANGOR DI KUALA SELANGOR
DAN PADA GURU -GURU DI SEKOLAH 






SENARAI JUALAN ORKID

BIL
NAMA ORKID
HARGA
SEPOKOK RM
JUM.
HARGA
RM
1.
ANAK  PHALEONOPSIS
5.00
5
25.00
2.
ANAK DENDROCHILUM
4.00
10
40.00
  3.
ANAK CATTLEYA BICOLOR
5.00
20
  100.00
4.
ANAK  ONCIDIUM SHARRY BABY
3.00
7
21.00
5.
VANDA
        15.00
5
75.00
JUMLAH
  261.00

                        

Saturday 7 January 2012

Pergi Tidak Kembali





Sedih bila Abg Ramli ( Pengawal keselamatan ,yang banyak berjasa pada taman orkid Siti Khadijah ,beliaulah yang banyak membantu menyiram orkid-orkid di taman kesayangan kami ) menalipon saya memberitahu sepohon orkid yang bunganya sentiasa menawan sesiapa saja yang melihatnya ,daunnya mulai menunjukkan kekuningan .......pastikah boleh diselamatkan atau perginya tak akan kembali lagi. Saya rasa dari segi penjagaannya amatlah terliti kerana pokok itu adalah Anak Emas kami.............tapi kami akui itu adalah ketentuan Allah ,YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI ,tak kira dia tua ,muda dan kanak-kanak,begitu juga tumbuh-tumbuhan ,semalam nampak segar besuknya sudah kelihatan layu..............kami pasrah segalanya.

Wednesday 4 January 2012

Lama menunggu, baru berbunga

Sekian lama kami mununggu ,setahun lebih kurang, baru terbit bunganya,  nama pokok orkid hutan ini  yang dibeli daripada orang asli di Cemeran Highland oleh Cikgu Pn. Azwa  masih tercari -cari namanya.......



Pokok orkid ini masih tercari -cari namanya.


Ini satu lagi .........................

Tahun Baru Tapak Baru

Assalammualaikum ,selamat menyambut tahun baharu 2012 kami ucapkan kepada guru -guru SMK Seksyen 16, terutama Pengetua baru Pn. Hjh Mariyamah Ali Osman .
Tahun baharu 2012 kami telah berusaha untuk meluaskan empayar Taman Anggerik Siti Khadijah S16 dengan membuka tapak baru untuk tanaman anggerik.



Tapak yang dipilih sebaris dengan tapak lama.


Kerja pembersihan bermula



Kerja -kerja pembersihan mengambil masa 4 jam


Menanam batang pokok


Sudahpun siap


Membuat laluan


Nampak senang ,tapi berat mata memandang ,lagi berat menyorongnya
antara ajk yang kerja berat ......Saipul dan Fitry


Kerja -kerja menyusun batu -bata


atas  persetujuan ramai ,batu bata disusun bentuk S 

lari sedikit dari plan asal .


Disusun berkotak -kotak , ini ikut plan asal.
Wan dan Saipul menyusun batu -bata.


Batu "retak seibu ' digunakan untuk jadikan hiasan "dalaman '


Tapak dilihat dari jarak jauh.......cantikkan