Saturday 12 November 2011

Di sini aku berada

Assalamualaikum . .


Pada Julai 2010 majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Kelab Anggerik Shah Alam telah memilih 10 buah sekolah sebagai perintis untuk dijadikan anak angkat bagi tujuan menubuhkan kelab anggerik pada peringkat sekolah bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan anggerik ini suatu tanaman yang mempunyai nilai pendidikan dan seterusnya mengembangkan rasa kecintaan warga sekolah kepada anggerik yang menjadi ikon kepada Bandaraya Shah Alam. Projek taman anggerik di SMK Seksyen 16 telah diberi nama sebagai Taman Anggerik Siti Khadijah bersempena nama isteri Rasulullah s.a.w oleh mantan pengetua SMK Seksyen 16 iaitu Pn. Hjh Siti Khadijah Binti Awang Seman. Pada Februari 2011 Taman Anggerik ini telah pun dirasmikan dan sepanjang masa itu pelbagai aktiviti telah pun dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Taman Anggerik Siti Khadijah telah diusahakan oleh En. Mohamad Rasli b. Mohamad Dani dan Pn. Nor Azwa bt. Ab. Mutalip serta Ahli Kelab Anggerik.














































No comments: