Saturday 7 January 2012

Pergi Tidak Kembali





Sedih bila Abg Ramli ( Pengawal keselamatan ,yang banyak berjasa pada taman orkid Siti Khadijah ,beliaulah yang banyak membantu menyiram orkid-orkid di taman kesayangan kami ) menalipon saya memberitahu sepohon orkid yang bunganya sentiasa menawan sesiapa saja yang melihatnya ,daunnya mulai menunjukkan kekuningan .......pastikah boleh diselamatkan atau perginya tak akan kembali lagi. Saya rasa dari segi penjagaannya amatlah terliti kerana pokok itu adalah Anak Emas kami.............tapi kami akui itu adalah ketentuan Allah ,YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI ,tak kira dia tua ,muda dan kanak-kanak,begitu juga tumbuh-tumbuhan ,semalam nampak segar besuknya sudah kelihatan layu..............kami pasrah segalanya.

No comments: